Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ANC berdepan kebencian pengundi

    JOHANNESBURG, 6 Mei – Pilihan raya Afrika Selatan yang diadakan esok dijangka menguji sama ada parti pemerintah ANC telah menghentikan satu kemerosotan dalam kepopularan berpunca daripada skandal rasuah, kelembapan pertumbuhan dan pengangguran yang tinggi.

    Parti itu masih dijangka memenangi pengundian, namun keputusan akan mendedahkan sama ada pemimpin baharunya, Presiden Cyril Ramaphosa, boleh menghapus kebencian yang semakin meningkat di kalangan pengundi Afrika Selatan.

    Pilihan raya diadakan 25 tahun sejak Nelson Mandela memimpin Kongres Nasional Afrika (ANC) untuk menerajui tampuk pentadbiran dalam pengundian pertama negara, yang menandakan berakhirnya pemerintahan aparteid.

    Sokongan terhadap ANC telah merosot dalam setiap pilihan raya sejak 2004 dengan parti hanya memenangi 54 peratus dalam pilihan raya tempatan 2016, berbanding dengan 62 peratus dalam pilihan raya negara terakhir pada 2014.

    Ramaphosa, 66, menjadi pemimpin pada tahun lalu apabila Jacob Zuma dipaksa meletak jawatan sebagai presiden oleh ANC selepas pemerintahan selama sembilan tahun yang dibelenggu oleh dakwaan rasuah dan masalah ekonomi.

    Kebanyakan tinjauan pendapat mencadangkan ANC akan memperoleh 60 peratus daripada undi pada Rabu, walaupun satu tinjauan mencadangkan bahagiannya mungkin berkurangan di bawah 50 peratus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda