Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    ANC gesa Afrika Selatan umum ‘bencana’

    JOHANNESBURG, 31 JAN – Parti ANC yang memerintah Afrika Selatan telah meminta pegawai atasan mengisytiharkan keadaan bencana kebangsaan bagi menamatkan krisis bekalan elektrik yang teruk yang telah mendatangkan malapetaka ke atas negara perindustrian di Afrika itu, kata setiausaha agungnya hari ini.

    Pengisytiharan bencana kebangsaan akan membuka pintu kepada dana dan sumber tambahan untuk “menguruskan krisis dengan lebih baik,” Fikile Mbalula memberitahu sidang akhbar selepas jawatankuasa eksekutif baharu parti itu bermesyuarat pada hujung minggu.

    Krisis bekalan elektrik terputus sekejap-sekejap selama bertahun-tahun telah menjadi lebih teruk dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan rangkaian elektrik yang dikendalikan oleh firma tenaga negara yang sarat dengan hutang, Eskom gagal untuk memenuhi permintaan kerana ia bergelut untuk mengekalkan infrastruktur berkuasa arang batu yang semakin uzur.

    “Kita tidak sepatutnya angkuh dan menafikan fakta bahawa kita mempunyai krisis,” kata Mbalula pada sidang akhbar.

    “Kami bertindak balas terhadap krisis ini, dan presiden serta pasukan dalam kerajaan telah diberi arahan yang jelas oleh ANC,” katanya.

    Beliau berkata langkah itu akan mempercepatkan respons pentadbiran Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, dengan sasaran untuk menamatkan krisis berkenaan menjelang akhir tahun. – AFP

    Gambar fail bertarikh 22 Januari menunjukkan papan tanda Eskom yang telah usang. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...