Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ancaman bom palsu, remaja ditahan

    PARIS, 20 OKT – Seorang remaja berusia 16 tahun ditahan kerana membuat ancaman bom palsu di luar Paris, kata sumber polis hari ini, ketika pihak berkuasa bertungkus-lumus menghentikan ancaman bom selama seminggu di lapangan terbang, sekolah dan tempat bersejarah.

    Ancaman bom palsu telah membelenggu negara yang sentiasa berjaga-jaga sejak serangan Hamas ke atas Israel, serangan Israel ke atas Gaza dan kematian seorang guru di bandar Arras, di utara Perancis minggu lalu.

    Remaja itu telah ditangkap kelmarin di Saint-Ouen-l’Aumône, sebuah bandar di barat laut Paris, kerana ancaman bom yang dihantar melalui e-mel ke sekolahnya.

    Kira-kira 1,200 orang, termasuk kira-kira 1,000 murid, telah dipindahkan dari sekolah menengah Jean Perrin.

    Tiada bahan letupan ditemui berikutan pemeriksaan di tapak tersebut dan motif sebenar remaja itu masih tidak jelas.

    Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata pihak berkuasa Perancis telah membuat 18 tangkapan berhubung ancaman bom palsu pada Rabu dan kelmarin.

    Kebanyakan lapangan terbang utama Perancis di luar Paris menjadi sasaran, mendorong pemindahan, penundaan selama berjam-jam dan puluhan penerbangan dibatalkan.

    Ancaman baharu menjejaskan 14 lapangan terbang serantau hari ini.

    Bordeaux dan Beziers di selatan telah dipindahkan manakala yang lain, termasuk Lille di timur laut dan Nantes di barat, berjaya mematahkan ancaman tanpa mengeluarkan penumpang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...