Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ancaman di sebalik aksi pelarian

    ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

     

    AKSI luar biasa yang ditonjolkan dalam sesebuah siri drama seperti The Gifted, The Flash dan filem seperti X-Men dan Avengers seringkali berjaya menarik perhatian sehingga berjaya mengumpul seramai jutaan penonton.

    Kini, sebuah lagi siri drama terbaharu terbitan British berjudul The Innocents yang dihasilkan oleh Hania Elkington dan Simon Duric bakal menghiburkan para penonton.

    Ia membariskan Sorcha Groundsell dan Percelle Ascott sebagai teraju utama.

    Di samping itu, siri drama ini juga turut mengisahkan mengenai Sam Hazeldine, Nadine Marshall, Johannes Haukur Johannesson, Laura Birn, Ingunn Beate, Arthur Hughes dan ramai lagi.

    Kisah bermula apabila seorang remaja perempuan, June lakonan Sorcha Groundsell telah membuat keputusan untuk melarikan diri dari rumah menjelang hari ulang tahunnya ke-16.

    Dua pelakon utama yang membintangi siri drama The Innocents, Percelle Ascott dan Sorcha Groundsell.

    Pada hari tersebut, dia telah membuat keputusan untuk melarikan diri bersama dengan teman lelakinya, Harry Polk lakonan Percelle Ascott.

    Menariknya, June merupakan seorang remaja perempuan yang dilahirkan dengan kuasa istimewa apabila dia berupaya untuk merubah bentuk dirinya sepertimana apa yang diinginkannya.

    Tanpa disedari, aksi pelarian dua orang remaja itu juga berjaya menarik perhatian seorang lelaki, Steinar lakonan Johannes Haukur Johannesson, seorang lelaki misteri yang mengakui dirinya sebagai kenalan kepada ibu June.

    Lalu, bagaimana pula dengan nasib dua orang remaja lelaki yang melarikan diri itu dan adakah kehadiran lelaki misteri itu akan mengancam kehidupan mereka berdua.

    Justeru, bagi mengetahui kesudahan kisah drama yang cukup menarik ini maka jangan terlepas untuk terus menonton siri drama The Innocents sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda