Ancaman junta cetus perhimpunan besar-besaran

YANGON, 22 FEB – Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di jalanan di Myanmar, hari ini, walaupun junta memberi amaran keras yang ia bersedia menggunakan kekerasan untuk menumpaskan apa yang digelarnya sebagai ‘anarki’.

Amaran itu muncul selepas tiga pembantah ditembak mati pada hujung minggu manakala pengebumian pada Ahad bagi seorang wanita muda yang maut akibat tembakan peluru pada perhimpunan sebelumnya.

Amaran antarabangsa terus memuncak ketika ketua PBB hari ini mengecam ‘kekerasan kejam’ tentera dan Kesatuan Eropah mengumumkan ia bersedia untuk mengenakan sekatan ke atas junta.

Bantahan besar-besaran di jalanan telah berlaku sejak tentera Myanmar merampas kuasa pada 1 Februari dan menahan pemimpin awam Aung San Suu Kyi, menamatkan eksperimen demokrasi sedekad lamanya.

Kempen ingkar awam juga telah menyekat banyak operasi kerajaan ketika perniagaan dan bank-bank serta junta lewat kelmarin memberi isyarat tidak menyenangkan yang kesabaran mereka kian tipis.

“Para pembantah kini menghasut rakyat, terutamanya remaja dan belia yang beremosi untuk menyertai laluan konfrontasi di mana mereka akan berdepan dengan kehilangan nyawa,” menurut kenyataan penyiaran milik kerajaan, MRTV.

Kenyataan itu, yang dibacakan dalam Bahasa Burma dengan versi teks Inggeris pada skrin memberi amaran para pembantah untuk tidak menghasut ‘rusuhan dan anarki’.

Namun penunjuk perasaan hari ini tidak mengendahkan amaran itu dengan ratusan ribu berhimpun di Yangon, bandar terbesar dan hab komersial Myanmar. – AFP

Para pembantah menyertai bantahan besar-besaran ke atas rampasan kuasa tentera di Yangon pada 22 Februari. – AFP