RIO DE JANEIRO, 29 Nov – Jumlah kes virus Zika di Brazil telah jatuh 92.1 peratus pada tahun ini, tetapi amaran bahaya wabak berkenaan masih kekal pada musim panas akan datang ini, beritahu Kementerian Kesihatan negara itu, semalam.
Dari Januari hingga November pada tahun ini, sebanyak 16,800 kes jangkitan terbaru Zika dilaporkan di Brazil, telah menurun daripada 214,100 kes dalam masa yang sama pada 2016, menunjukkan penurunan penyakit berjangkit daripada 103.9 kes kepada 8.2 kes bagi setiap 100,000 orang.
Selain Zika, jumlah demam denggi dan demam chikungunya jua mengalami penurunan sebanyak 83.7 peratus dan 32.1 peratus di Brazil pada tahun ini. Ketiga-tiga penyakit ini disebarkan oleh pepijat yang sama iaitu nyamuk Aedes aegypti, yang membawa endemik kepada Brazil.

Meskipun kes Zika mengalami penurunan secara mendadak, sebanyak 357 pekan di Brazil masih berhadapan dengan bahaya wabak berkenaan ketika musim panas semakin menghampiri, yang mana nyamuk Aedes aegypti membiak dengan cepat. Demam denggi mampu membawa maut dalam bentuk hemorhagik, dan chikungunya boleh menyebabkan penyakit sendi kronik dan lain-lain penyakit. Zika adalah kes paling sederhana di antara ketiga-tiganya, namun ia menimbulkan bahaya signifikan terhadap wanita mengandung.
Apabila seorang wanita hamil dijangkiti Zika, mereka boleh mengalami malformasi, kebanyakannya mikrosefali.
Dua tahun lalu apabila penyakit ini masih baru di Brazil, wabak Zika telah mengakibatkan peningkatan terhadap anak damit yang menghidapi mikrosefali. – Xinhua