Sunday, April 6, 2025
26 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Ancelotti: Bayern kurang penguasaan

BERLIN, 6 Feb – Carlo Ancelotti tidak gembira dengan kekurangan penguasaan pasukan Bayern Munich dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 menentang Schalke sebelum pasukan Leipzig tewas kepada Dortmund yang menyaksikan pendahulu Bundesliga itu melebarkan kelebihan empat mata.

Sepakan lambung dari Robert Lewandowski memberikan pendahuluan lebih awal pasukan Bayern di Munich sebelum pemain pertahanan Schalke, Naldo menyudahkan menerusi sepakan bebas pada minit ke-13 untuk menyamakan kedudukan.

Kedua buah pasukan memiliki peluang untuk menjaringkan gol kemenangan ketika pemain penyeang Schalke, Guido Burgstaller, kemudian Lewandowski, hanya menggegarkan palang pada separuh masa pertama.

“Ia adalah perlawanan yang sukar, kerana Schalke beraksi dengan baik,” kata Ancelotti.

“Kami mempunyai permulaan yang baik, tetapi selepas itu kami tidak begitu kukuh, walaupun di bahagian tengah, adalah terlalu jauh. “Kami perlu bekerja sama untuk memperbaikinya, ia bukanlah mengenai persoalan kualiti (dalam skuad).

“Kami tidak dapat untuk mendominasi permainan, jadi kami tiada penguasaan dan pada keseluruhannya ia tidak mencukupi.”

Ini adalah persaingan yang sukar, ketika Schalke bekerja keras untuk mendapatkan mata yang menyaksikan mereka di kedudukan ke-11.

“Rancangan mungkin berkesan dari 100 peratus jika kami menang, tetapi kami boleh bergembira dan boleh hidup dengan satu mata,” kata jurulatih Schalke, Markus Weizierl.

Keputusan seri itu kemudian membuktikan cukup bagi pasukan kendalian Ancelotti, Bayern untuk melanjutkan pendahuluan mereka kepada empat mata selepas pasukan tangga kedua Leipzig tewas 1-0 di Borussia Dortmund, yang melonjak dari tangga ketujuh ke tangga keempat. – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda