Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ancelotti: Benzema akan beraksi menentang Shakhtar

    WARSAW, 11 OKT – Carlo Ancelotti mengesahkan bahawa penyerang Karim Benzema cergas dan akan bermain untuk Real Madrid menentang Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara, dan menjelang ElClasico Ahad ini menentang Barcelona.

    Benzema akan mengetuai barisan serangan untuk Madrid hari ini di Warsaw, di mana Shakhtar bermain di tempat sendiri berikutan perang Rusia ke atas Ukraine.

    Penyerang tersebut terlepas kemenangan 1-0 di Getafe Sabtu lalu dalam La Liga, selepas beraksi dalam dua perlawanan berikutan kepulangannya daripada kecederaan paha. Vinicius Junior mungkin direhatkan, untuk bermain dalam perlawanan ElClasico.

    “Vini adalah salah seorang pemain yang perlu saya nilai kerana dia bermain segala-galanya. Dia bermain pada malam Sabtu, kami mempunyai perjalanan hari ini, kami perlu menilainya,” kata Ancelotti.

    “Karim bermain dengan baik. Kami yakin dia akan memulakan perlawanan esok. Dia akan bermain, seperti (Toni) Kroos, (Ferland) Mendy, yang segar dan akan bermain.”

    Real Madrid berada di tangga teratas Kumpulan F dan boleh mengesahkan kelayakan ke pusingan 16 terakhir dengan kemenangan ke atas Shakhtar.

    Penjaga gol Ukraine Andriy Lunin akan bermain sekali lagi menentang pasukan dari tanah airnya, walaupun Ancelotti berkata Thibaut Courtois dalam keadaan baik selepas sciatica dan boleh kembali untuk Clasico.

    “Andriy agak pemalu. Dia bukan seorang yang terlalu banyak bercakap, perkara biasa semua yang berlaku memberi kesan kepadanya, kerana ia memberi kesan kepada semua orang di Ukraine,” kata Ancelotti.

    “Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah menawarkan perpa-duan. Jika dia memerlukan apa-apa, kami di sini untuk membantunya.

    “Dia bermain dengan baik. Dia masih muda. Dia mempunyai banyak kualiti. Permainan ini membantu dia memperoleh pengalaman dan pengetahuan, satu-satunya perkara yang dia perlukan, kerana dia mempunyai kualiti penjaga gol yang hebat.” – AFP

    Aksi Karim Benzema semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara kumpulan Fantara Real Madrid dan Shakhtar Donetsk di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, 5 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...