MADRID, 3 JAN – Carlo Ancelotti berkata kelmarin dia gembira kerana telah melanjutkan kontraknya di Real Madrid sehingga 2026, walaupun terdapat usaha untuk mengambil alih jawatan jurulatih Brazil.
Pada Julai tahun lalu, Ancelotti yang berusia 64 tahun, telah dilaporkan akan warga asing pertama untuk membimbing skuad Brazil dalam hampir 60 tahun, sebelum jurulatih Itali itu menandatangani perjanjian baharunya dengan pasukan gergasi Sepanyol itu.
“Semua orang tahu saya mempunyai hubungan dengan presiden persekutuan Brazil,” kata Ancelotti.
“Saya ingin berterima kasih kepadanya atas kasih sayang dan minat yang ditunjukkannya terhadap saya,” katanya pada malam sebelum perlawanan Madrid menentang Mallorca dalam aksi La Liga.
Ancelotti telah memenangi Liga Juara-juara empat kali dua kali bersama AC Milan dan dua kali bersama Real Madrid, di mana dia berkata dia ingin kekal selepas perjanjian sekarang.
“Pada 2026, bergantung kepada keputusan saya, saya mungkin masih berada di sana.
Saya mahu menjadi jurulatih Madrid dan saya berharap dapat terus menjadi jurulatih pada 2027 dan 2028 kerana saya mahu kekal di sini,” katanya. – AFP
