Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ancelotti puji Bayern ‘menakjubkan’

    BERLIN, 30 April – Carlo Ancelotti (gambar) memuji kejayaan Bayern Munich dalam merangkul gelaran Bundesliga buat kali kelima berturut-turut sebagai ‘menakjubkan’ selepas kemenangan besar 6-0 pasukannya ke atas Wolfsburg, dengan perlawanan musim ini masih berbaki tiga perlawanan.

    “Musim Bundesliga ini adalah satu pengalaman yang menakjubkan,” kata Ancelotti, yang memastikan gelaran pada tahun pertamanya di Jerman selepas kemenangan di Wolfsburg, yang memberikan Bayern kelebihan 10 mata ke atas RB Leipzig.

    Bagi Ancelotti, 57, ia adalah trofi ke-19 peribadinya sebagai seorang pengurus, dan mahkota ke-27 Bayern, lebih 18 berbanding mana-mana kelab Jerman yang lain.

    Warga Itali itu kini telah menjulang beberapa gelaran liga di empat negara yang berbeza selepas memenangi Serie A dengan AC Milan, Liga Perdana bersama Chelsea, dan Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain.

    “Saya sangat gembira, kemenangan ini adalah penting dan ia satu pengalaman yang menakjubkan,” kata Ancelotti.

    “Pasukan telah melakukan tugas yang sangat baik dan saya mahu berterima kasih kepada kelab yang menakjubkan ini.

    “Saya bernasib baik untuk berada di sini dengan barisan pemain-pemain hebat, dan para penyokong yang telah banyak menyokong kami dengan di sepanjang musim.

    “Kami selayaknya menjulang gelaran ini, kami bermain bola sepak yang menarik.

    “Kini sudah tiba masanya untuk meraikannya, dan selepas itu kami akan membuat persiapan untuk musim baru sebaik mungkin.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda