SHANGHAI, 19 Julai – Jurulatih Bayern Munich Carlo Ancelotti semalam menolak dakwaan bahawa James Rodriguez ditandatangani untuk menggantikan pemain antarabangsa Jerman, Thomas Mueller.
Pemain Colombia itu minggu lalu menyertai juara Bundesliga itu dari Real Madrid dengan pinjaman selama dua tahun yang diterjemahkan sebahagian orang sebagai ancaman kepada Mueller yang kembali dari musim hambar dengan standard tinggi.
Rodriguez juga mempunyai sesuatu untuk dibuktikan selepas kehilangan tempat di Real dan Ancelotti, yang menguruskannya di Sepanyol menjangka pemain berusia 26 tahun itu untuk mengembalikan rentak. Dia memberikan jurulatih Itali itu pilihan meluas di bahagian midfield dan serangan.
Tetapi bercakap di Shanghai menjelang aksi persahabatan menentang Arsenal dan dengan Mueller berada di sampignnya, Ancelotti memberitahu sidang akhbar: “Sudah pasti kami tidak membeli James bagi menggantikan Thomas Mueller.
“Ia jelas kerana jika kami memikirkan perkara ini, kami juga memikirkan James boleh menggantikan Thiago (Alcantara) kerana James boleh beraksi di bahagian serangan midfield dan kami merasakannya kerana James boleh beraksi di bahagian kanan menggantikan (Arjen) Robben dan (Franck) Ribery.
“James juga boleh beraksi di sudut kiri dan juga midfield…kami tidak membeli James untuk menggantikan sesiapa. Kami membeli James untuk memiliki pasukan yang lebih baik dan dengan James kami mempunyai pasukan dengan kualiti yang lebih baik. Tetapi James juga tahu jika dia tidak layak untuk beraksi, dia tidak akan beraksi.”
Penandatanganan James tidak begitu disambut meriah sebahagian penyokong Bayern kerana, biarpun pergelutannya musim lalu di depan gawang, Mueller masih lagi popular.
Pemain berusia 27 tahun itu seperti Rodriguez boleh beraksi di beberapa kedudukan barisan depan, mengetepikan tekanan meningkat bagi mendapatkan tempatnya.
“Kami berada di sini dan James berada di sini untuk menjelaskan khabar angin dan dia memberikan pasukan lebih banyak pilihan dan saya pasti jurulatih gembira memilikinya dan mempunyai lebih banyak pilihan pada masa depan. – AFP