Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ancelotti tidak mahu lepaskan Vidal

    SINGAPURA, 25 Julai – Jurulatih Bayern Munich, Carlo Ancelotti (gambar) berkata bahawa ‘tidak mungkin’ Arturo Vidal meninggalkan kelab itu tetapi mengakui bahawa Renato Sanches menuju pintu keluar.

    Manchester United telah dilaporkan memburu kedua-dua pemain tengah itu tetapi Ancelotti menafikan sebarang potensi perpindahan pemain antarabangsa Chile, Vidal.

    “Tidak mungkin. Vidal adalah pemain kami, saya sangat yakin,” kata jurulatih dari Itali itu, ketika ditanya mengenai beberapa laporan media British mengenai United berminat mendapatkan pemain berusia 30 tahun itu.

    Bercakap di Singapura menjelang perlawanan persahabatan menentang Chelsea, Ancelotti berkata bahawa terdapat peluang bahawa pemain Portugal Sanches, yang mengalami musim pertama yang buruk dengan juara Jerman itu, mungkin menuju jalan keluar.

    “Ada kemungkinan, tetapi kemungkinan dia juga akan kekal bersama kami,” kata pengurus itu apabila ditanya jika Sanches kemungkinan pergi hanya selepas satu musim, dengan media British melaporkan bos United, Jose Mourinho semakin dekat untuk mengikat pemain berusia 19 tahun itu menerusi pinjaman.

    “Setakat ini Renato berlatih bersama kami, bekerja dengan kami,” tambah Ancelotti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda