Anda perlu ambil risiko – Zarco

SPIELBERG, BEI KNITTELFELD, 21 OGOS – Penunggang MotoGP, Johann Zarco mempertahankan diri kelmarin bahawa ‘anda tidak dapat berada dalam sukan ini jika anda tidak mahu mengambil risiko’ selepas dikecam atas tindakannya selepas terlepas dari kemalangan mengerikan 300kmsj di Grand Prix Austria.

Pemandu dari Perancis berusia 30 tahun berlanggar dengan pemandu Itali, Franco Morbidelli di Litar Red Bull Ahad lalu.

Tetapi kedua-dua pemandu terselamat, membiarkan motosikal mereka ditunda selepas kemalangan 300 kmsj.

Motosikal yang ditunggang Morbidelli melepasi beberapa sentimeter dari kepala juara dunia sembilan kali Valentino Rossi, yang kemudiannya menyebut bahawa penunggang Yamaha tersebut ‘hampir membunuhnya’.

Morbidelli menambah, “Zarco hampir menjadi seorang pembunuh,” katanya.

Zarco tidak akan mengambil bahagian dalam latihan pembukaan hari ini bagi perlumbaan Grand Prix Stryian hujung minggu ini di litar yang sama selepas menjalani pembedahan kecederaan pergelangan tangan pada pertengahan minggu.

Kecergasannya bagi perlumbaan kelayakan esok dan perlumbaan pada Ahad akan dinilai hari ini. – AFP

Johann Zarco mempertahankan dirinya dengan mengatakan sebagai penunggang MotoGP mesti mengambil risiko.- AFP