Penyanyi, Andi Bernadee meminta orang ramai tidak menyalahkan mana-mana pihak termasuk penyanyi ganti Sarah Suhairi dalam menyampaikan lagu Penat di separuh akhir Muzik-Muzik ke-36 minggu lalu. Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangil, 31, berpendapat penyanyi lagu Pedih itu sudah melakukan yang terbaik pada malam tersebut. Malah, dia terhutang budi dan menganggap Sarah menyelamatkan kerjayanya sebagai penyanyi.