Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Andmesh selit pengalaman cinta dalam lirik lagu

    Tiada sekelumit perasaan benci atau dendam terhadap bekas teman wanita meskipun cinta yang terjalin berkecai di pertengahan jalan.

    Penyanyi yang mula meledak menerusi lagu Cinta Luar Biasa, Andmesh Kamaleng berkata, dia tidak pernah memusuhi insan yang pernah bertakhta dalam hatinya hanya kerana hubungan cinta tidak kesampaian.

    Meskipun terluka, namun Andmesh menyifatkan segala episod duka yang dialaminya mengajarnya untuk menjadi insan lebih baik pada masa akan datang.

    “Saya sudah banyak kali putus cinta. Setiap kali putus cinta, saya akan berterima kasih kepada mereka yang pernah singgah di hati saya kerana dari situ, saya akan belajar untuk menjadi orang yang lebih baik.

    “Saya sering menjadikan kisah kekecewaan sebagai idea untuk menghasilkan lagu. Kebanyakan lagu ciptaan saya berdasarkan pengalaman sendiri.

    “Bagaimanapun, jika ada penyanyi yang ingin meminta lagu, saya akan bertanya pengalaman mereka dan akan cuba menyelitkan pengalaman sendiri supaya lagu itu lebih berjiwa,” katanya pada sidang media Konsert Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur yang diadakan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini. – Agensi

    Andmesh mengongsikan bahawa meskipun putus cinta namun dia tidak pernah memusuhi insan yang pernah bertakhta dalam hatinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda