Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Andra & The Backbone bakal ‘gegar’ Kuala Lumpur

    Mungkin hanya sebahagian peminat muzik di Malaysia yang menyedari akan kewujudan band Andra & The Backbone apatah lagi menyimpan hasil karyaan yang juga merupakan ‘pendukung’ Dewa 19.

    Menurut ohbulan!, jika awda kelompok Baladewa dan Baladewi (panggilan untuk peminat Dewa 19), sudah pasti nama Andra sudah biasa terungkap di bibir. Walaupun muzik Andra & The Backbone sedikit berat berbanding Dewa 19, band ini ada persamaan terutama daripada segi lirik cinta puitis.

    Vokal Dedy yang ‘husky’ juga dilihat sesuai dengan gubahan muzik Andra & The Backbone.

    Dalam erti kata lain, gabungan idea Andra, Dedy dan Stevie yang juga anggota band death metal Deadsquad memberi pelbagai warna dalam band ini.

    Mungkin ada yang tidak tahu, band yang ditubuhkan pada 2006 ini sudah enam kali membuat persembahan di Kuala Lumpur (KL). Kali terakhir mereka menggalas tugas sebagai opening act untuk konsert Dewa 19 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun 2019.

    Setelah 17 tahun membina empayar Andra & The Backbone sekali lagi di beri ruang untuk ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’. Konsert anjuran Qew Communications Sdn Bhd atau Qew Comm itu di jadual bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.

    Wakil Qew Comm pihaknya melahirkan rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Andra yang juga merupakan salah seorang gitaris Dewa 19. – Agensi

    Andra & The Backbone sudah 6 kali buat persembahan di KL. – Liputan6
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda