Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Andrea Pirlo goyah tanpa Ronaldo

    MILAN, 30 OKT – Skuad kendalian Andrea Pirlo, Juventus berkunjung ke Spezia Ahad ini dengan harapan Cristiano Ronaldo yang dijangkiti COVID-19 dapat kembali membangkitkan semula semangat mereka selepas tewas kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara.

    Tetapi Inter Milan, tanpa penyerang Romelu Lukaku ketika menentang Parma selepas pemain Belgium itu mengalami kecederaan paha, mungkin menjejaskan peluangnya untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara di Real Madrid minggu depan.

    Ronaldo terlepas perlawanan ketika Juventus tewas 0-2 menentang Barcelona selepas lebih dua minggu dijangkiti COVID-19, juga kekalahan pertama Pirlo sebagai jurulatih.

    Juara bertahan itu telah memulakan kempen mereka dengan berharap akan meraih gelaran liga ke-10 berturut-turut, dan gelaran juara Eropah pertama dalam suku abad ini.

    Juventus yang memburu gelaran ke-10 Serie A bermula goyah pada awal musim dan kini menduduki tangga kelima, empat mata di belakang AC Milan yang akan menentang kelab bawahan, Liguria yang menduduki tangga ke-14.

    Juara sembilan kali itu menang perlawanan pembukaan menentang Sampdoria pada September lalu, kemenangan tunggal musim ini sebelum seri tiga kali. Di antara perlawanan itu, mereka diberi kemenangan 3-0 selepas Napoli enggan berkunjung ke Turin pada 4 Oktober akibat COVID-19.

    “Keputusan perlawanan tidak menunjukkan tahap kami yang sebenar,’’ kata pertahanan, Leonardo Bonucci.

    “Kini tiba masanya untuk kembali mencapai prestasi terbaik. Kami kehilangan pemain penting tapi ia bukan alasan. Dalam masa empat hari kami akan kembali ke padang dan berusaha memberi yang terbaik.’’ – AFP

    Gambar fail pada 27 September lalu menunjukkan penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo semasa melakukan pemanasan badan sebelum perlawanan Serie A antara Roma dan Juventus di Stadium Olimpik di Rom. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda