Tuesday, October 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Andrew Garfield dan Kate Tomas sudah berpisah

    Hubungan pelakon Andrew Garfield dengan Kate Tomas berakhir dengan perpisahan hanya selepas lima bulan bercinta.

    Perkara itu didedah sendiri oleh Kate yang merupakan seorang jurulatih kerohanian ketika membalas komen salah seorang pengikutnya di Instagram. Menerusi komen tersebut, Kate memberitahu dia yakin Andrew berada dalam keadaan baik walaupun mereka memutuskan untuk berpisah.

    “Kami sudah putus sejak beberapa bulan lalu tetapi saya percaya dia dalam keadaan gembira,” katanya.

    Andrew dan Kate kali terakhir dilihat bersama ketika menyaksikan perlawanan tenis di London pada 14 Julai lalu.

    Sebelum ini, Kate juga secara terbuka bercerita mengenai hubungannya dengan bintang filem Amazing Spiderman itu dalam beberapa temu bual podcast.

    Tindakan itu mengundang rasa kurang senang peminat sehingga ada menuduh dia sengaja cuba meraih publisiti dengan ‘menjual’ kisah cinta mereka.

    Malah ada pula mendakwa Kate berjaya memikat hati Andrew disebabkan sihir.

    Untuk rekod, Andrew pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa selebriti terkenal di Hollywood termasuk Emma Stone, Shannon Woodward dan Susie Abromeit. – Agensi

    Kali terakhir pasangan ini dilihat bersama sewaktu menonton perlawanan tenis di London. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda