Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Andri, Dani pemenang Pertandingan Salon Culinaire

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Para cef cendekiawan Hotel Radisson Brunei Darussalam baru-baru ini telah meraih pingat semasa Pertandingan Salon Culinaire edisi ke-12 yang diadakan sempena Ekspo Makanan & Hotel Indonesia pada 24 hingga 27 Julai lalu.

    Mohamad Andri Cahyadi berjaya menarik hati para hakim dengan penyampaian unik Australian Beef Flank Steak dalam Cabaran True Aussie Beef Challenge dan memperoleh pingat emas. Dani Rustiandi pula memenangi pingat perak dengan hidangan kambing dalam Cabaran Masakan Asia Moden Lee Kum Kee.

    Kedua-dua mereka juga menghasilkan masakan yang hebat dalam Cabaran Potatoes USA Challenge dan memenangi pingat gangsa.

    Pengurus Besar Hotel Radisson Brunei Darussalam, Jerome van Helden dalam kenyataan akhbar mengongsikan bahawa penyertaan dalam pertandingan peringkat tinggi tersebut adalah satu peluang yang baik untuk mendedahkan cef junior mereka ke peringkat masakan peringkat dunia sejajar dengan matlamat mereka untuk mengembangkan bakat kakitangan mereka.

    “Kami sangat gembira atas kemenangan mereka kerana ia adalah satu pengalaman yang menarik bagi mereka dengan mengambil kira ramainya para peserta dan telah memenangi hati para hakim yang terkenal,” katanya.

    Pertandingan cef terbesar di Indonesia itu telah diadakan selama empat hari di Ekspo Antarabangsa Jakarta, Kemayoran, Jakarta yang dianjurkan oleh Persatuan Kuliner Profesional Indonesia (ACP) dan disahkan oleh Persatuan Cef Pertubuhan Dunia.

    Mohamad Andri Cahyadi dan Dani Rustiandi bergambar dengan pingat yang dimenangi pada Pertandingan Salon Culinaire.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda