Wednesday, May 7, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Andy Lau terima HK$80 juta akibat jatuh kuda

    PELAKON terkenal Andy Lau dilaporkan menerima bayaran sebanyak HK$80 juta daripada syarikat insurans sebagai pampasan lapor Kwong Wah Yit Poh.

    Daripada jumlah itu, Andy yang kini tidak dapat bekerja dibayar HK$ 342 047 ribu sehari berdasarkan 51 hari dia dimasukkan ke hospital dan tempoh enam bulan untuk pemulihan.

    Pada 17 Januari lalu, Andy mengalami kecederaan selepas terjatuh kuda ketika menjalani penggambaran sebuah iklan komersial di Thailand.

    Akibat kejadian itu, pelakon berusia 55 tahun itu dikejarkan ke hospital sebelum diterbangkan ke Hong Kong untuk mendapat rawatan.

    Ketika kejadian, kuda ditunggang Andy tiba-tiba hilang kawalan dan mencampakkan pelakon itu ke tanah sebelum memijak bahagian belakang badannya sehingga menyebabkan tulang pelvis pelakon itu cedera.

    Andy Lau menerima bayaran pampasan daripada syarikat insurans sebanyak HK$80 juta akibat terjatuh kuda ketika menjalani penggambaran iklan komersial di Thailand Januari lalu.
    Andy Lau menerima bayaran pampasan daripada syarikat insurans sebanyak HK$80 juta akibat terjatuh kuda ketika menjalani penggambaran iklan komersial di Thailand Januari lalu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda