Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aneh tapi benar

    KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pasukan hoki dalam dewan wanita Filipina bagi Sukan SEA hanya ditubuhkan enam bulan lepas dan ia dianggotai oleh atlet daripada sukan berlainan.

    Pemain adalah daripada olahraga, bola sepak, taekwondo dan lapan daripada bola tampar dan hanya digandingkan enam bulan lepas yang memerlukan mereka berlatih empat hingga lima jam sehari dan kini bersaing dengan pemain terbaik rantau ini apabila hoki dalam dewan dianjurkan buat julung kali pada Sukan SEA.

    Kebanyakan pemain yang merupakan pelajar kolej kekal bersemangat tinggi walaupun dibelasah 0-14 oleh Thailand dan kemudiannya 0-19 oleh Malaysia di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), semalam.

    Bagi jurulatih Rivera Leovino, semuanya adalah untuk belajar dan menimba pengalaman dan pendedahan daripada lawan dalam sukan itu, kerana ia sesuatu yang baharu bagi mereka,

    “Ini adalah pengalaman, pendedahan pertama dan juga penampilan pertama mereka dalam Sukan SEA… ia sangat sukar.

    “Kami hanya tahu beberapa peraturan asas, Saya perlu mendapatkan penjelasan tentang peraturan teknikal, peraturan permainan dan peraturan lain semasa mesyuarat jurulatih kerana kami tidak tahu peraturannya.

    “Kebanyakan pemain ialah pelajar kolej berumur bawah 20 tahun dan hanya seorang pemain berumur 23 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda