Oleh Zanyra Dawoud
Gambar dari Vogue.com
PAKAIAN kemeja memang cukup sinonim dengan kaum lelaki dan pada suatu ketika dahulu gaya tersebut juga sering dikaitkan dengan gaya untuk menghadiri majlis formal atau bekerja.
Rekaan kemeja lelaki biasanya dilengkapi dengan butang, lengan panjang dan kolar sekali gus memperlihatkan gaya lelaki yang kemas.
Seiring dengan peredaran zaman, gaya kemeja lelaki juga turut dipelbagaikan di mana ia bukan sahaja sesuai digayakan bagi menghadiri majlis rasmi bahkan juga ketika bersantai.
Dior Homme telah melancarkan koleksi kemeja terbaharu yang polos dan memiliki corak berjalur lengkap berlengan panjang di mana ia memperlihatkan gaya kemas pada lelaki yang menggayakannya.
Kemeja gaya kemas tersebut juga setentunya sesuai untuk digayakan ketika bekerja.
Di samping itu, Dior Homme turut melancarkan kemeja berlengan panjang dengan corak yang memiliki motif bunga menarik di mana ia juga sesuai untuk digayakan bagi menghadiri acara formal seperti majlis makan malam.
Paul Smith pula menampilkan gaya kemeja dengan motif grafik tersendiri pada fabrik terang berwarna kuning.
Bagi yang berhasrat untuk menggayakan kemeja dengan gaya santai pula boleh memilih warna-warna terang dan ceria seperti biru, kuning, merah, jingga dan sebagainya di mana ia turut diserikan dengan corak dan motif menarik.