Oleh Zanyra Dawoud
SEIRING dengan peredaran masa, begitu juga dengan fesyen yang sentiasa berevolusi bagi memenuhi gaya setiap lelaki mengikut karakter diri dan suasana.
Pereka, Ingo Wilts yang mereka pakaian bagi jenama Hugo Boss pula cukup sinonim menzahirkan gaya lelaki moden kemas dan eksklusif.
Warna asas seperti hitam, putih, coklat dan kelabu digunakan bagi menghasilkan pelbagai rekaan seperti jaket, kot, kemeja, T-shirt suede dan seluar panjang.
Jahitan pada setiap pakaian juga dilakukan dengan cukup kemas dan sangat teliti.
Sementara pemenang sukan Olimpik bagi sukan gimnastik, Li Ning telah menzahirkan koleksi pakaian lelaki berdasarkan inspirasi dari kehidupan seorang atlet.
Warna merah dan putih jelas menjadi pilihan utama pada kebanyakan rekaan bagi melambangkan semangat kejayaan bagi seorang ahli sukan.
Gustav von Aschenbach pula menerapkan konsep hologram pada rekaan, di mana warna-warna ceria seperti merah jambu, ungu, hijau dan corak yang berpetak digunakan bagi menzahirkan pelbagai rekaan.
Antara rekaan yang dihasilkan adalah seperti kemeja, seluar panjang, hoodies, jaket dan sebagainya bagi menzahirkan gaya trendy, hipster dan moden di samping tetap mengekalkan ciri maskulin.