KEBIASAAN hidangan pastri disajikan sebagai hidangan pencuci mulut untuk sesebuah majlis keraian.
Kadangkala hidangan ini disediakan dan perlu dihidangkan mengikut masa yang sesuai kerana sesetengahnya tidak boleh tahan lama.
Namun, bagi anda yang gemarkan sajian aneka pastri ini, anda boleh menyediakan sendiri kerana ia sangat mudah dan senang di samping rasanya juga sangat lazat.
Mufin Coklat
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
¾ cawan cip coklat
Sebiji telur
½ cawan serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan dadih
½ cawan susu segar
½ cawan minyak jagung
¼ cawan cip coklat sebagai hiasan
Cara membuat:
Satukan tepung, gula, serbuk koko, cip coklat, serbuk penaik dan ketepikan.
Dalam mangkuk adunan, putar yogurt, susu, minyak, jagung dan telur sehingga sebati.
Kemudian masukkan campuran ke dalam cawan kertas.
Taburkan cip coklat dan
bakar pada suhu 175°C selama
27 minit.
Choux Pastry
Bahan Choux Pastry:
Bahan A:
3 biji telur
Bahan B:
150 gram tepung diayak.
Bahan C:
100 gram mentega
250 ml air
½ sudu teh gula halus
Cara memasak:
Masak bahan C sehingga larut. Kemudian tutup api dan masukkan tepung. Kacau sehingga rata dan tidak melekat.
Pindahkan ke dalam mangkuk pengadun dan pukul. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul ia sehingga sebati.
Apabila siap, masukkan ke dalam pipping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 180°C selama 20-30 minit.
Bahan inti kastard
Bahan A:
1 biji telur
30 gram gula halus
20 gram tepung Kastard
Bahan B:
200 gram whipping cream
Bahan C:
½ sudu teh esen vanilla
Cara membuat:
Satukan bahan A dan kacau sebati. Ketepikan.
Panaskan bahan B dengan kadar api yang sederhana selama 2-3 minit sahaja.
Kemudian, tuangkan adunan A dan kacau sehingga likat.
Masukkan ke dalam pipping bag dan paipkan ke dalam choux pastry tadi.
Sedia untuk dihidangkan.
Kek Lapis Prun
Bahan-bahan:
400 gram mentega
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
100 ml air ais
280 gram gula halus
250 gram tepung Hong Kong
2 sudu kecil ovalette
250 gram krim keju
5 sudu besar susu pekat
Buah prun secukupnya
Pewarna kegemaran.
Cara membuat:
Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan tepung selang seli dengan air ais dan ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul mentega dan susu pekat sehingga kembang.
Kemudian, masukkan krim keju. Pukul sebati.
Satukan kedua-dua adunan tadi dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu adunan warna asal dan satu lagi dicampurkan dengan warna kesukaan.
Ambil enam sudu besar adunan berwarna dan ratakan.
Bakar pada suhu di bawah 180°C selama 10 minit sehingga kering.
Keluarkan dan tekan kek dengan menggunakan penekan burger, kemudian cucuk kek dengan garfu dan sapukan bahagian sapuan tadi.
Ulang proses ini sehingga adunan habis.
Setiap lapisan adunan berikutnya taburkan buah prun. Pastikan setiap kali melapis dicucuk dengan garfu terlebih dahulu.
Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan menggunakan aluminium foil dan bakar dengan menggunakan api di bahagian atas dan bawah selama 15-20 minit supaya kek masak dengan sepenuhnya.