Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasa asli Itali

    Aneka rasa makanan laut

    KUALA LUMPUR – Di tengah-tengah Kuala Lumpur (KL) terletak kawasan terpencil dengan beberapa buah restoran khusus di bangunan kolonial berusia beratus-ratus tahun yang menjanjikan malam untuk menenangkan diri dari kesibukan kota.

    Jalan restoran Old Malaya bukan sahaja menawarkan peluang untuk menikmati malam yang tenang bersama rakan dan keluarga, suasananya yang indah dengan Menara KL yang megah sebagai latar belakang menerangkan pesonanya.

    Adalah dinasihatkan, jika awda belum pernah ke Old Malaya, cuba pergi berjalan perlahan-lahan dan mencari tempat yang sesuai dengan mood dan gaya awda.

    Di penghujung jalan terdapat sebuah restoran di mana ketua cef eksekutif Kumpulan Pampas, Ravindran N, menyusun hidangan yang menceriakan cita rasa awda.

    Untuk membiasakan dengan hidangan makanan laut di restoran tersebut, Ravindran menggoreng sedikit kerang yang mempunyai isi yang tebal dan menggandingkannya dengan salad betik pedas dan pate tomato kering (berharga RM42).

    Miso cod, asparagus dan keladi tumbuk. – ANN/The Star
    Perkhidmatan pelayan untuk mengupas kulit ketam dan udang galah juga disediakan. – ANN/The Star
    Gambas Ajilo hidangan pembuka selera di restoran itu. – ANN/The Star
    Gambar ANN/The Star

    Pate menambah lapisan rasa pada moluska manis yang berair.

    Estetika memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengalaman selera seseorang, oleh itu kulit kerang telah digunakan sebagai hiasan ditaburi dengan garam Himalaya di atasnya. Ia sememangnya menjadikan permulaan yang indah untuk makan malam!
    Ladu Ebi Gyoza (RM28) ialah hidangan lima ladu udang dengan sos ponzu dan cecah minyak cili.

    Ini tidak seperti gyoza lain yang pernah dicuba oleh Chandran kerana sedikit berbeza di mana ia disajikan dengan udang gemuk berisi ladu.

    Antara pembuka selera ialah Calamari Fritters (RM36) dengan remoulade. Chandran disyorkan untuk mencuba Gambas Ajilo (RM38), satu lagi hidangan pembuka selera.

    Ravindran, yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam F&B, membanjiri udang harimau dengan minyak zaitun kemudian menambah bawang putih, cili kering dan garam untuk memberi kesan yang cukup pada rasanya. Ini disertakan dengan dua keping roti focaccia.

    Pengarah komunikasi Kumpulan Pampas, Nanthini K. Theva, mencadangkan kami mencuba hidangan utama, Laksa Mi Hitam (RM58).

    Meminjam idea daripada laksa Johor yang unik menggunakan spageti bukannya mi, Ravindran telah mencipta versi baharu restoran berkenaan di mana pasta dicampur dengan cecair hitam daripada sotong.

    Khazanah makanan laut restoran itu pula mengandungi kuah pekat berasaskan kari termasuk fillet salmon, udang, sayur-sayuran dan jem tomato pedas.

    Bahagian sampingan sambal terung adalah untuk mereka yang ingin mengubah sedikit rasa, walaupun Chandran merasakan Laksa Mee Hitam menarik perhatian seseorang.

    Ravindran berkata, stok makanan laut dan santan adalah bahan yang penting untuk kuahnya.

    “Semuanya disediakan di dapur utama supaya kami dapat mengekalkan konsistensi terhadap sos, sup dan pes kami,” tambahnya.

    “Sebagai sebuah restoran makanan laut, kami ingin memperkenalkan kepelbagaian rasa sehingga terdapat beberapa hidangan ala Barat dan cita rasa Asia,” ujarnya lagi.

    “Sebab itu beberapa masakan ada cili, bawang atau betik, serai, lengkuas, daun kesum dan daun limau purut,” katanya.

    Jika ikan tongkol adalah kegemaran, maka Miso Cod (RM128) boleh memikat selera awda.

    Ikan seperti sutera dan lembut diperap dengan miso selama dua hari dan dipanggang untuk mendedahkan rasa karamel yang indah.

    Asparagus panggang, ubi keladi tumbuk yang menjadi kegemaran ramai pelanggan, jeruk bawang dan baji lemon melengkapkan hidangan ini.

    Manakala kemuncak makan malam terdiri sama ada daripada hidangan ketam atau udang galah.

    Jika awda seperti Chandran dan tidak terlalu berminat untuk memecahkan kulit ketam atau udang galah, maka di restoran berkenaan adalah tempat yang sesuai untuk awda.

    Restoran itu telah menyediakan perkhidmatan pelayan untuk tugasan tersebut.

    Kami hanya duduk dan menjaga kebersihan tangan, sambil menyaksikan para pelayan itu membelah udang galah untuk memudahkan kami makan.

    Selain itu, Lobster Bakar (RM38/100g) yang merupakan udang galah Boston seberat 600 gram (g), dipanggang dengan sempurna dan disaluti dengan mentega bawang putih yang aromatik dan sos berasaskan cili. Bagi hidangan tersebut mantou akan dihidangkan di sebelahnya.

    Restoran berkenaan juga mempunyai pencuci mulut yang menggoda seperti Creme Brulee (RM20), Sago Gula Melaka (RM20), Puding Roti dan Mentega (RM24), dan Chocolate Indulgence (RM20).

    Nanthini berkata, tingkat atas restoran itu popular untuk acara peribadi, majlis perkahwinan, majlis korporat dan parti bertema.

    Mencari tempat letak kereta mungkin sukar di sini, jadi awda boleh memilih sama ada menggunakan perkhidmatan penempahan pengangkutan secara dalam talian atau menyerahkan kunci awda kepada joki kereta. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda