Angel Gomes sedia tinggalkan United

LONDON, 29 JUN – Ole Gunnar Solskjaer bakal kehilangan pemain mudanya, Angel Gomes yang mana kontraknya bersama Manchester United akan berakhir pada Selasa ini.

Pemain berusia 19 tahun yang diberi penilaian tinggi melalui akademi bola sepak di Old Trafford dan membuat penampilan sulungnya di usia 16 tahun pada Mei 2017, menjadi pemain termuda sejak penampilan pertama Duncan Edwards pada tahun 1950 bermain bersama pasukan kesebelasan utama.

Tetapi Gomes hanya membuat 10 penampilan sebagai pemain kesebelasan utama dan di antara sebab rundingan kontraknya menjadi penghalang, dengan Solskjaer kini menjangkakan pemain tengah United itu akan pergi meninggalkan United ketika kontraknya habis.

Ditanya pada sidang media pada Isnin lalu apakah Gomes akan terus bersama kelab itu, pengurus United itu berkata “Saya tidak mendapat berita, jadi saya tidak tahu, namun sekarang ia tidak seperti itu.”

Gomes adalah sebahagian daripada pemenang Piala Dunia Bawah 17 Tahun bersama England pada tahun 2017 dan awal bulan ini Solskjaer mengatakan bahawa dia berharap remaja itu akan menandatangani perjanjian kontrak baharu.

Solskjaer menambah, “Sejujurnya, saya belum mendengar daripada mereka malam tadi atau pagi ini, jadi nampaknya mereka tidak berjaya melanjutkan perjanjian kontraknya, jadi jawapannya adalah mungkin pendek ‘ya’ beliau mungkin akan pergi.” – AFP