Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angel Has Fallen raih AS$21 juta

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

    Filem terbaharu pada minggu ini, Angel Has Fallen, siri ketiga dalam francais, Lionsgate dan Millenium yang dibintangi oleh Gerard Butler, menerima respons yang baik daripada penonton setelah berjaya mengutip keuntungan sekitar AS$21 juta pada minggu pertama ia ditayangkan.

    Kutipan jualan tiket filem baharu itu sekali gus berjaya menewaskan kedudukan juara carta pecah panggung pada minggu lepas, Good Boys.

    Dibintangi oleh Jacob Tremblay, Good Boys berjaya memperoleh sekitar AS$11 juta hujung minggu setelah memasuki minggu kedua dan te-rus mara meningkatkan jumlah kutipan domestiknya kepada AS$41 juta.

    Filem Angel Has Fallen hampir menyamai siri filem sebelumnya, iaitu London Has Fallen yang ditayangkan pada tahun 2016 dan Olympus Has Fallen 2013 dengan meraih keuntungan sekitar AS$30 juta pada minggu pertama ditayangkan.

    “Kami mahu memberikan jarak yang baik antara siri filem ini,” kata Presiden Pengedaran Domestik Lionsgate, David Spitz mengenai filem tersebut.

    Kebanyakan penonton memberikan markah yang tinggi terhadap Angel Has Fallen di mana pengkritik filem CinemaScore telah memberikan gred A untuk filem ini.
    Filem terbaharu keluaran Sony, Overcomer tidak berhasil mengalahkan Goodboys dan terpaksa akur di kedudukan yang ketiga pada minggu ini.
    Good Boys berjaya memperoleh sekitar AS$11 juta pada minggu setelah memasuki minggu kedua dan terus mara meningkatkan jumlah kutipan domestiknya kepada AS$41 juta.
    Setelah berada tujuh minggu dalam carta pecah panggung, filem The Lion King telah berjaya mengumpulkan sekitar AS$1.5 bilion di seluruh dunia.
    Dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Jason Statham, Hobbs & Shaw mendapat sambutan yang hebat di China dan beberapa buah negara yang lain.

    Lelaki merupakan penonton yang terbanyak dalam menyaksikan filem terbaharu ini iaitu sekitar 51 peratus di Amerika Utara dan 60 peratus daripadanya berumur di atas 30 tahun. Kebanyakan penonton memberikan markah yang tinggi terhadap Angel Has Fallen di mana pengkritik filem CinemaScore telah memberikan gred A untuk filem ini.

    “Kebanyakan penonton menyukai filem ini,” tambah Spitz. “Filem ini sepatutnya memberikan kesan yang berpanjangan khususnya di pawagam-pawagam,” tambahnya.

    Dalam filem Angel Has Fallen, watak utama Butler telah kembali berkhidmat sebagai ejen perkhidmatan perisikan rahsia, Mike Banning, yang harus membersihkan namanya selepas namanya didapati cuba untuk menyerang presiden AS lakonan Morgan Freeman. Antara yang membintangi filem hebat ini ialah Jada Pinkett Smith, Piper Perabo dan Nick Nolte.

    Manakala filem terbaharu keluaran Sony, Overcomer tidak berhasil mengalahkan Goodboys dan terpaksa akur di kedudukan yang ketiga pada minggu ini. Filem terbaharu ini telah berjaya memperoleh sekitar AS$8 juta pada minggu ini setelah ditayangkan di 1,723 buah pawagam di Amerika Utara. Diarahkan oleh Kendrick Brothers dan dibintangi oleh Alex Kendrick, filem ini mendapat markah A dari CinemaScore.

    Seterusnya, filem terbaharu yang lain, Ready or Not, filem komedi berada dikedudukan yang keenam dan meraih sekitar AS$8 juta pada minggu pertama ia ditayangkan. Filem yang menggunakan bajet rendah ini dibintangi oleh Samara Weaving yang memegang peranan sebagai pengantin baharu yang menemui mertuanya berusaha untuk menjadikanya sebagat atlet sukan. Filem ini turut dibintangi oleh Adam Brody dan Andie MacDowell.

    Filem Ready or Not ditayangkan di 2,855 buah pawagam di Amerika Utara, menandakan jumlah yang terbesar dalam sejarah studio penerbitan tersebut. Filem tersebut berjaya menarik kebanyakan wanita-wanita muda. Sekitar 50 peratus pembeli tiket adalah kaum wanita dan 75 peratus berumur di bawah umur 35 tahun.

    “Kami dapat menyaksikan khalayak penonton yang pelbagai,” kata Rodriguez. “Kami bergabung untuk menghasilkan filem ini. Ulasan yang baik adalah semangat kami untuk terbaik di minggu hadapan,” tambahnya.

    Kedudukan filem yang lain

    Manakala di kedudukan yang kelima dalam carta pecah panggung pula ialah The Lion King dan di kedudukan yang keempat pula milik Hobbs & Shaw. The Lion King telah berjaya memperoleh sekitar AS$8 juta manakala Hobbs & Shaw berkongsi jumlah kutipan.

    Setelah berada tujuh minggu dalam carta pecah panggung, filem The Lion King berjaya mengumpulkan sekitar AS$1.5 bilion di seluruh dunia.

    Dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Jason Statham, Hobbs & Shaw mendapat sambutan yang hebat di China dan beberapa buah negara yang lain.

    Secara keseluruhannya, Hobbs & Shaw telah memperoleh sekitar AS$588 juta di seluruh dunia setakat ini.

    Walaupun sudah jauh ketinggalan dalam carta pecah panggung namun filem terbitan Sony dan Quentin Tarantino, Once Upon a Time in Hollywood berjaya mencecah kutipan sekitar AS$123 juta di Amerika Utara dan memintas kedudukan filem Basterds Inglorious untuk menjadi filem kedua tertinggi dalam carta pecah panggung domestik.

    Selain itu, filem terbaharu pada minggu ini, Brittany Runs a Marathon terbitan Amazon Studios berjaya memperoleh sekitar AS$175 ribu setelah ditayangkan di lima buah pawagam di Amerika Utara. Filem berkonsepkan lucu dan komedi ini telah berjaya menampilkan Jillian Bell sebagai seorang wanita yang mendaftar untuk menyertai larian sekali gus untuk mendapatkan kembali kehidupannya yang dahulu.

    “Para penonton tertawa, menangis dan banyak lagi terhadap watak utama, Brittany dan kami yakin secara positif bahawa filem ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa walaupun melalui proses yang lama,” kata Julie Rapaport, ketua filem Amazon Studio.

    Secara kesimpulannya, purata keuntungan carta pecah panggung pada minggu ini menurun sekitar 2 peratus berbanding pada tahun 2018 namun beberapa pengkritik filem seperti CinemaScore mengatakan bahawa kutipan carta pecah panggung dijangka akan terus berubah dalam beberapa minggu yang akan datang dengan kehadiran filem-filem hebat yang bakal menggegarkan industri hiburan antarabangsa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda