AKTRES Angelina Jolie dikhabarkan cuba untuk melupakan segala episod sedih dalam kehidupannya dengan merancang untuk membeli sebuah rumah baru yang sesuai untuk diduduki bersama anak-anaknya selepas berpisah degan suami Brad Pitt.
Bintang Maleficent ini dilaporkan bakal membeli sebuah kediaman mewah yang terletak di Los Feliz, California.
Kediaman mewah itu pernah dimiliki oleh Cecil B DeMille yang menjadi bangunan ikonik.

Kediaman mewah tersebut mempunyai enam bilik tidur serta dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti kolam renang yang besar dan laman tempat beriadah untuk enam anaknya.
Ia dilihat benar-benar mementingkan keselesaan anak-anaknya dalam menjalani kehidupan seharian.
Jolie mempunyai enam orang anak termasuk anak angkatnya iaitu Maddox, Zahara, Pax, Shiloh, Vivienne, dan Knox.