Kemelut lapan tahun pasangan selebriti Angelina Jolie dab Brad Pitt akhirnya menemui noktah apabila pasangan berkenaan sah bercerai.
Memetik laporan TMZ, pasangan tersebut bersetuju menandatangani surat penceraian pada 30 Disember lalu.
Menurut peguam Angelina, aktres itu meluahkan rasa lega apabila mereka berjaya menyelesaikan proses penceraian mereka.
“Angelina keletihan namun lega,” katanya ringkas.
Walaupun penceraian mereka sudah selesai namun pasangan ini masih berdepan dengan masalah lain seperti pembahagian harta sepencarian.
Mereka dikatakan masih lagi berebut aset bernilai RM277 juta serta ladang anggur yang terletak di Perancis.
Untuk rekod, Angelina memfailkan penceraian terhadap Pitt pada 2016 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini memiliki enam orang cahaya mata iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Vivienne dan Knox.- Agensi