Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angelina Jolie merasa mustahil jadi pengarah

    Angelina Jolie yang masih belum memuktamadkan penceraiannya dari Brad Pitt mengakui faktor masalah keluarganya telah mempengaruhi kariernya.

    Melalui temu bualnya bersama Entertainment Weekly, dia turut memberitahu bahawa adalah sesuatu yang mustahil bagi dirinya untuk menjadi pengarah lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan masalah keluarga.

    “Saya suka pengarahan, tetapi faktor masalah keluarga tidak memungkinkan saya untuk mengarah selama beberapa tahun,” jelas Angelina Jolie

    Aktres filem Maleficent itu turut menambah dia masih belum mempunyai masa yang cukup untuk memenuhi impiannya untuk mengarah.

    Oleh itu, ibu kepada enam orang anak itu terus mengambil pekerjaan lakonan untuk memenuhi tuntutan Hollywood dan kehidupan keluarga.

    “Saya hanya perlu melakukan pekerjaan yang lebih pendek dan lebih banyak berada di rumah, jadi saya kembali melakukan beberapa pekerjaan lakonan. Itu adalah kebenarannya,” kata Angelina Jolie

    Angelina Jolie dan Brad Pitt yang berusia 57 tahun telah menamatkan perkahwinan mereka selama dua tahun. Walaupun penceraian mereka masih belum selesai, mereka dikatakan telah sah bercerai pada tahun 2019. – Agensi

    Angelina Jolie mengakui belum berke-sempatan untuk memenuhi impiannya menjadi pengarah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda