Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angelina Jolie sokong Palestin

    Pelakon Angelina Jolie akhirnya bersuara memberi tanda sokongan terhadap bumi Palestin dan menuntut keadilan terhadap masyarakat di Semenanjung Gaza yang dizalimi Zionis Israel.

    Angelina, 48, berkata, tindakan pemimpin negara yang tidak menyokong gencatan senjata disifatkan sebagai perbuatan jenayah.

    “Tindakan enggan membenarkan gencatan senjata dan membenarkan kezaliman terhadap satu pihak (Palestin), pemimpin dunia terlibat dalam jenayah ini,” katanya.

    Menurut laporan mStar, Angelina berkongsi perkara itu selepas Zionis bertindak zalim dengan mengebom sebuah kem pelarian di Gaza baru-baru ini.

    Pelakon ini turut meluahkan rasa simpati susulan tragedi yang mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak dan golongan wanita.

    “Ini adalah satu pengeboman yang disengajakan di kawasan di mana mereka tidak boleh lari ke tempat lain. Gaza menjadi penjara terbuka hampir dua dekad dan kini menjadi kubur besar-besaran.

    “Berjuta rakyat Palestin dihukum tanpa perikemanusiaan, kekurangan makanan, bekalan ubat dan bantuan kemanusiaan.

    “Sekitar 40 peratus yang terbunuh adalah kanak-kanak tidak berdosa,” jelasnya.

    Hantaran yang dimuat naik oleh Angelina itu mendapat sokongan banyak pihak selepas dia menerima kecaman gara-gara bersikap natural terhadap isu Palestin-Israel sejak 7 Oktober lalu. – Agensi

    Angelina gesa adakan genjatan senjata. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda