Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angelina luang masa bersama anak

    Angelina Jolie mengambil kesempatan pada 2 Ogos lalu untuk meluangkan masa bersama anak lelaki bungsunya, Knox, 12, berjalan dan membeli-belah di beberapa buah kompleks membeli-belah.

    Ibu dan anak itu dilihat memasuki sebuah kedai permainan di Los Angeles dan kemudian meluru masuk ke sebuah butik.

    Kemesraan kedua-duanya jelas dilihat meskipun menggunakan penutup mulut dan hidung semasa bersiar bagi mengekang penularan virus. Angie yang berpakaian dengan penuh gaya sambil memakai kaca mata itu dilihat membawa beg besar selepas membeli-belah.

    Walaupun Angelina mempunyai enam orang anak, iaitu bersama bekas suaminya, Brad Pitt, beliau selalu meluangkan masa berkualitinya bersama anaknya secara bergilir-gilir. – Agensi

    Angelina Jolie pada 2 Ogos lalu dilihat meluangkan masa bersama anak lelaki bungsunya, Knox, 12, di beberapa pusat membeli-belah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda