Saturday, February 22, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angeline Tan perlahan-lahan mendalami Islam

    Keputusan pelakon, Ardini Angeline Tan memeluk Islam pada 26 September lalu sebelum bernikah dengan pengarah dan pelakon popular, Sabri Yunus, bukan mudah, lebih-lebih lagi untuk menerangkan perkara itu kepada anak-anaknya.

    Angeline berkata, walaupun anak-anaknya itu mengetahui hubungan mereka sejak tiga tahun lalu, namun apabila dia memberitahu bakal memeluk Islam, mereka terus membangkitkan pelbagai persoalan.

    “Ketika saya dan abang Sabri mula berkawan rapat mereka memberikan sepenuh sokongan dan restu, tapi apabila saya memberitahu bakal memeluk Islam mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan.

    “Antaranya kenapa sekarang dan tiba-tiba saja saya nak memeluk Islam. Jadi, saya terpaksa beritahu ini adalah salah satu syarat yang perlu saya buat sebelum berkahwin.

    “Mereka reda dan berserah dengan keputusan saya itu.

    “Sebenarnya mereka sangat takut bagaimana kehidupan saya sekiranya abang Sabri tidak menjaga saya dengan baik,” katanya. – Agensi

    Angeline yang menikahi Sabri, Sabtu lalu, memohon diberikan masa dan ruang untuk mendekatkan diri dengan agama Islam secara perlahan-lahan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda