Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota ABDB terima agihan kurma

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengagih-agihkan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai-pegawai dan anggotanya pada majlis yang berlangsung di Surau Ad Difa’, Bolkiah Garison.

    Penyerahan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

    Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersama, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, para komandan, pengarah tentera, pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB.

    Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran seterusnya bacaan Ratib Al-Attas sebelum pengagihan buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia oleh Pemerintah ABDB kepada wakil-wakil dari jabatanarah dan jabatan-jabatan ketenteraan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Pemerintah ABDB menyerahkan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada salah seorang anggota ABDB.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda