BRUSSELS, 26 JULAI – Penemuan anggota badan dalam sebuah peti sejuk yang ditemui terapung di dalam terusan telah mencetuskan siasatan pembunuhan di Belgium, kata pendakwa raya hari ini.
“Perkara yang paling penting sekarang ialah mengenal pasti mangsa untuk membuat kemungkinan kaitan dengan kes-kes orang hilang,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya di bandar Liege, Catherine Collignon, kepada AFP.
Seorang penduduk tempatan di bandar timur itu telah memaklumkan kepada pihak polis selepas melihat peti sejuk tersebut terumbang-ambing di terusan di pinggir bandar utara, Hermalle-sous-Argenteau, menurut media tempatan.
Polis menarik peti sejuk tersebut ke darat dan membukanya sebelum mene-mui kandungan yang mengerikan – ‘dua tangan dan dua kaki’, menurut Collignon. – AFP