Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Dengan matlamat untuk mempertingkatkan keupayaan dan ketangkasan dalam operasi memadamkan kebakaran, sembilan orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh DSO Haji Othman bin Matusoff menghadiri latihan kebakaran (Fire Drill) di kawasan Kampung
Burong Pingai Ayer pada 21 Jun lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, latihan itu disaksikan oleh Pemerintah Cawangan Operasi D, Penguasa Kanan Muhd Shahreeni bin Haji Muhd Yussof dan Timbalan Pemerintah, Penguasa Bomba Mohamad Sophian bin Haji Mohd Yusuff.
Latihan itu turut bermatlamat untuk menguji perkakas-perkakas bomba seperti portable pam serta pili-pili bomba di kawasan berkenaan serta juga untuk diperiksa bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan dapat digunakan terutama semasa dalam kecemasan.