ISTANBUL, 23 OGOS – Pasukan bomba Turkiye berusaha memadam kebakaran besar di wilayah Canakkale barat dua hari berturut-turut, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Angin kencang menyukarkan operasi memadam kebakaran, kata Menteri Pertanian dan Perhutanan, Ibrahim Yumakli dalam kenyataan di televisyen.
Kebakaran memaksa Selat Dardanelles di sepanjang Canakkale ditutup kepada aktiviti perkapalan pada Selasa.
Lebih 1,250 orang telah dipindahkan setakat ini manakala 83 yang lain dimasukkan ke hospital, kata pihak berkuasa.
Lapan pesawat dan 26 helikopter membantu operasi memadam kebakaran, dengan lebih 2,650 kakitangan ditempatkan di lokasi kejadian.
Sebuah kapal penyelamat telah dihantar secara berasingan ke pelabuhan Canakkale untuk membantu usaha memadam kebakaran, kata pihak berkuasa keselamatan pantai di platform media sosial X.
Punca kebakaran Çanakkale masih belum dapat dipastikan. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P13-E-web-Freepik_24082023.jpg)