Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik

    KOTA KINABALU, 30 Dis – Seorang anggota bomba cedera dipercayai terkena renjatan elektrik ketika operasi memadamkan kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Lotong, Kampung Lotong, dekat Kota Marudu, semalam.

    Dalam kejadian jam 8:30 malam itu, mangsa Latif Muhamar Sabindo Latapa, 28, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dilaporkan mengalami kebas badan sebelum dihantar ke Hospital Kota Marudu menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

    Keadaan mangsa dilaporkan stabil, dan beliau telah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

    Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan, pihaknya menerima laporan kecemasan pada jam 8:25 malam sebelum sepasukan bomba BBP Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebuah lori tangki air.

    Kebakaran itu memusnahkan rumah terbabit selain turut melibatkan sebuah kenderaan yang terbakar sepuluh peratus.

    Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi ditamatkan pada 10:57 malam, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda