Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota bomba semarak 10 malam terakhir

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Balai Bomba Mentiri Cawangan Operasi A menyemarakkan suasana 10 malam terakhir bulan Ramadan dengan Majlis Sembahyang Fardu Isyak secara berjemaah dan diteruskan lagi dengan sembahyang Sunat Tarawih dan Witir, kelmarin.

    Hadir pada majlis yang berlangsung di Surau Balai Bomba Mentiri itu ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi A, SFR Pengiran Haji Asmali bin Pengiran Haji Ahmad dan Stesen Komander Balai Bomba Mentiri SO Pengiran Haji Ali Abd Rahman bin Pengiran Haji Halus berserta pegawai dan anggota cawangan Operasi A.

    Solat Fardu Isyak, Sunat Terawih dan Witir berjemaah itu telah diimamkan oleh DSO Mohamad bin Haji Yusof.

    SFR Pengiran Haji Asmali dan Pengiran Haji Ali Abdul Rahman bersama anggota Cawangan Operasi A semasa menyemarakkan malam terakhir Ramadan. – Gambar Serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda