Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota kumpulan JAD terlibat dalam letupan di Gereja Makassar

    JAKARTA, 29 MAC – Pasangan suami isteri yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian letupan bom di luar kawasan gereja di Makkasar, Sulawesi Selatan pada Ahad disahkan anggota kumpulan pengganas Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

    Ketua Divisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia Argo Yuwono berkata siasatan awal mendapati pasangan itu baru berkahwin enam bulan lepas.

    “Suspek lelaki dikenali sebagai “L”, sementara wanita “YSF”, seorang pekerja swasta. Polis masih menyiasat suspek lain yang turut terbabit dalam perancangan kejadian itu,” kata Argo pada sidang media menerusi webinar, di Jakarta.

    JAD merupakan kelompok pengganas di Indonesia yang terbabit dalam beberapa kejadian keganasan di Indonesia sejak 2004, kumpulan itu turut dikaitkan dengan kegiatan pengganas di Iraq dan Syria. – Bernama

    Anggotaskuadbom polis memeriksabangkaimotosikaldigunakanuntukserangannekad di gereja Makassar, Selatan Sulawesi, Indonesia, 29 Mac. –AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda