Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan

    KUALA LUMPUR, 19 MEI – Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abdul Rahman disahkan meninggal dunia pada 2:25 pagi waktu Lubnan, semalam (7:25 pagi waktu Malaysia).

    Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Allahyarhamah yang berumur 36 tahun bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, Lubnan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah setelah turun dari bas di Kem Marakah.

    Menurut kenyataan itu, Allahyarhamah yang berasal dari Pendang, Kedah itu baru kembali bertugas setelah bercuti di Malaysia.

    “Jenazah Allahyarhamah akan dihantar ke Hospital Hammoud, Saida di Lubnan untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Proses bedah siasat akan dilaksanakan hari ini iaitu pukul 3:30 petang waktu Malaysia,” menurut kenyataan. – Bernama

    Gambar Kosmo
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...