SYDNEY, 25 OGOS – Seorang pegawai polis adalah antara empat orang yang cedera dalam kejadian tikaman berikutan kemalangan kereta di selatan Sydney di negeri Australia New South Wales (NSW) hari ini.
Polis NSW berkata bahawa seorang pegawai yang bertindak terhadap laporan kemalangan dua kereta di pinggir bandar Engadine pada pagi tadi, menemui seorang lelaki yang disyaki dengan kesan tikaman dikatakan berlari dari tempat kejadian.
Lelaki itu kemudian ditangkap dengan penggunaan alat renjata, kata Polis NSW dalam satu kenyataan.
Seorang pegawai polis lelaki mengalami luka serius di pergelangan tangan semasa penahanan itu dan seorang wanita, difahamkan sebagai penumpang dalam kenderaan yang dirempuh itu, turut mengalami beberapa kesan tikaman. Orang keempat juga ditemui cedera, walaupun polis berkata tidak jelas apakah penglibatan mereka dalam kejadian itu.
Bercakap kepada pemberita selepas kejadian itu, Polis NSW dan Menteri Pencegahan Keganasan, Yasmin Catley berkata siasatan sedang dijalankan.
“Tiada ancaman kepada masyarakat, saya cuma mahu masyarakat tahu bahawa tidak ada sebarang ancaman,” katanya.
Saksi kejadian, Steven Mace memberitahu akhbar News Corp Australia bahawa dia melihat kemalangan dan terdengar jeritan dari salah satu kereta yang terlibat sejurus selepas itu.
“Saya mendengar lelaki itu menjerit di dalam kereta, dan kemudian saya mendengar pasangannya menjerit lebih kuat,” katanya.
“Saya nampak dia menetaknya. Memotong lehernya, payudaranya, melintasi perut. Apa sahaja dia yang dia boleh lakukan. Saya cuba membawanya keluar untuk menghentikan tikaman itu,” sambungnya.
Dia berkata bahawa dia dan seorang lagi pemerhati dapat membantu wanita itu keluar dari kereta dan melindunginya. Kesemua empat orang yang mengalami kecederaan telah dirawat oleh paramedik dan Lebuhraya Princes yang telah ditutup di kedua-dua arah. – Xinhua
