Anggota polis AS disiasat cabul mayat

LOS ANGELES, 5 DIS – Seorang pegawai Jabatan Polis Los Angeles disiasat selepas kamera badannya merakamkan beliau meraba payudara mayat seorang wanita.

Jurucakap polis mengesahkan siasatan itu semalam tetapi tidak memberi maklumat lanjut mengenai kes itu.

“Kami sedar mengenai kes itu dan siasatan pentadbiran sudah bermula.

“Kami tidak boleh membincangkan kes itu kerana ia adalah masalah peribadi dan disebabkan isu litigasi,” kata Leftenan Chris Ramirez.

Sumber yang enggan dikenali berkata kejadian terbongkar selepas pegawai terbabit dan rakannya bertindak balas kepada panggilan mengenai seorang wanita yang sudah meninggal dunia dalam unit kediaman.

Sebaik mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia, seorang di antara mereka meninggalkan bilik itu.

“Pegawai yang dituduh kembali semula ke bilik yang ada mayat itu dan didakwa meraba payudaranya,” kata pegawai.

Walaupun pegawai berkenaan mematikan kamera badannya, gangguan selama dua minit pada peranti itu berjaya merakamkan perbuatannya.

Pegawai berkata rakaman ditemui ketika pemeriksaan rambang dan anggota lain amat jijik dengan tindakan itu.

“Perkara ini tidak ada tempat dalam penguat kuasaan undang-undang atau di mana sahaja.” – AFP