Sunday, February 9, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota polis sembunyi pendatang ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Seorang anggota Pasukan Polis Diraja Brunei telah ditahan atas kesalahan menyembunyikan pendatang-pendatang haram.

    L/Kpl 5265 Syed Akhtar Hussain bin Malai Abdul Ghani yang bertugas sebagai anggota tugas-tugas khas di Balai Polis Pusat, ditangkap pada 31 Oktober 2017 kira-kira jam 10:56 malam oleh anggota Balai Polis Pusat.

    Suspek telah didapati menyembunyikan tiga orang perempuan warganegara Filipina yang masuk ke negara ini secara tidak sah, ditempatkan dalam Berek Kelamin Balai Polis Pusat.

    Kes disiasat di bawah Bab 17, Akta Imigresen dan jika sabit kesalahan akan dihukum denda tidak kurang daripada $3,000 tetapi tidak melebihi $6,000, penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    L/Kpl 5265 Syed Akhtar Hussain yang ditahan kerana kesalahan menyembunyikan pendatang haram.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda