Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota suspek IS dihantar pulang ke Kuwait

    MANILA, 14 April – Seorang lelaki Kuwait yang disyaki anggota daripada kumpulan Islamic State (IS) hari ini telah diusir oleh Filipina untuk berdepan dakwaan di negaranya, kata pegawai jabatan keadilan.

    Hussein Al-Dhafiri, salah seorang dari dua suspek anggota IS yang ditangkap di Filipina bulan lalu, telah dihantar ke Kuwait, kata setiausaha rendah, Erickson Balmes. Satu kenyataan daripada kedutaan Kuwait berkata Dhafiri dijangka dibicarakan di negaranya.

    “Bukti diperolehi daripada agensi-agensi keselamatan negara Kuwait menunjukkan bahawa dia berhasrat me-rancang untuk melancarkan serangan pengganas di Kerajaan Kuwait,” menurut kenyataan itu. Dhafiri telah ditangkap bersama seorang wanita Syria, Rahaf Zina, juga dinamakan sebagai seorang anggota kumpulan jihad.

    Zina dan Dhafiri berkahwin selepas suaminya komander IS terbunuh di Syria, kata Setiausaha Keadilan, Vitaliano Aguirre. Menurutnya lagi, pasangan itu telah memasuki negara itu sebagai sebahagian daripada rancangan bagi melakukan ‘operasi pengeboman’ di Filipina atau Kuwait. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda