Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota tentera terkorban dalam kemalangan pesawat

    MOSCOW, 30 Mei – Seorang anggota tentera telah terkorban dan lima lagi cedera apabila pesawat pengangkut yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan pendaratan dan mengalami kebakaran selepas satu latihan penerbangan berdekatan bandar pusat Saratov, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Kementerian pertahanan Rusia berkata insiden itu yang berlaku pada kira-kira jam 6 pagi (0300 GMT), mungkin disebabkan oleh kegagalan pada salah satu enjin pesawat itu, Anotonov AN-26.

    Terdapat enam orang menaiki pesawat itu apabila ia melakukan pendaratan kecemasan di Saratov Balashov aerodome, menurut kementerian pertahanan dalam satu keterangan yang dipetik oleh agensi berita Interfax.

    Gabenor rantau Saratov dalam satu keterangan bahawa askar-askar itu mengambil bahagian dalam latihan penerbangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda