Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota wanita APM bercita-cita jadi penjinak ular

    KUALA LUMPUR, 29 Jun  – Nampak sahaja ular, pasti ramai mula berasa panik dan takut apatah untuk mengangkap reptilia berbisa itu jika tahu serangan haiwan itu boleh mengundang pelbagai komplikasi termasuk maut.

    Lebih-lebih lagi jika haiwan itu memasuki rumah atau kawasan sekitarnya, sudah pasti  kebanyakan golongan wanita akan meminta bantuan kaum lelaki, jika ada yang berani,  untuk membunuh, mengangkap atau mengusir bintang itu.

    Namun tidak bagi anggota wanita Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Diana Kasman, 24, yang selesa dengan tugasnya yang antara lain memerlukannya menangkap haiwan berbisa itu.

    Graduan universiti itu, yang berkhidmat selama empat tahun di Ibu Pejabat APM, Jalan Semarak di sini, sering diminta membantu menangkap ular walaupun di luar waktu tugas.

    “Ada kalanya ketika saya sedang bercuti, ada jiran datang ke rumah meminta bantuan untuk menangkap ular di rumah mereka. Saya sudah biasa menangkap ular yang masuk ke dalam rumah seperti ular sawa dan ular tedung,”kata wanita itu yang menetap di Bandar Baru Sentul di sini.

    “Kebiasaannya ular masuk ke dalam rumah kerana habitat mereka terganggu menyebabkan haiwan itu berpindah habitat dan mencari tempat sejuk untuk berlindung,” katanya yang  bercita-cita mahu menjadi seorang penjinak ular. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda