Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggun bak puteri

    Oleh Zanyra Dawoud

     

    GAUN panjang sinonim menjadi persalinan pilihan bagi kebanyakan puteri yang secara tidak langsung menonjolkan lagi sisi keanggunan diri mereka.

    Gaya tersebut seringkali ditampilkan dalam kebanyakan kisah dongeng dan animasi popular yang menjadi tontonan kanak-kanak perempuan.

    Setentunya mereka berasa cukup gembira tatkala melihat beberapa rekaan busana yang dihasilkan oleh Keti Chkhikvadze, Madame Adasa dan Alexander Sanchez.

    Keti Chkhikvadze cukup bijak dalam menampilkan variasi gaun malam merangkumi warna seperti hijau, emas, perak dan hitam.

    Sementara fabrik yang digunakan adalah seperti satin dan lace. Jahitan yang ditampilkan kelihatan cukup teliti di mana aspek sulaman turut ditonjolkan pada beberapa rekaan.

    Sementara Madame Adasa pula menampilkan gaun panjang dengan tema color blocking seperti gabungan hitam dan emas yang memperlihatkan rekaan busana cukup menarik.

    Manakala Alexander Sanchez pula menampilkan busana gaun malam panjang berwarna hitam dan menerapkan hiasan kreatif pada bahagian bahu di mana jelas memperlihatkan satu sentuhan moden.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda