Saturday, November 16, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggun, bergaya dan sporty

    PARIS – Koleksi Dior, Maria Grazia Chiuri, baru-baru ini menumpu pada elemen sporty, menggabungkan kehebatan olahraga dengan gaya yang membangkitkan estetika cereka sains tahun 60an, sekali gus mengimbau kenangan Star Trek, namun dengan bentuk asimetri yang penuh imaginasi yang dipadankan dengan but paras lutut yang menawan.

    Acara bermula dengan pemanah melepaskan anak panah ke sasaran di tengah-tengah pertunjukan, menambah lagi kemeriahan pertunjukan koleksi.

    KOLEKSI DIOR

    Matlamat Chiuri adalah jelas dari awal: koleksi yang menumpu pada kuasa dan autonomi terhadap fesyen pakaian wanita. Dengan rujukan yang jelas kepada gaun ikonik Christian Dior, Amazone pada awal 1950an, Chiuri mencipta semula pakaian itu dengan ciri-ciri atletik yang anggun.

    Ia meniru semangat Sukan Olimpik Paris baru-baru ini, ketika model berjalan menggayakan blaus ketat warna hitam ketat dengan potongan geometri, corak potongan bulat dan kasut but bertali.

    Wujudnya perbezaan dinamik antara kebebasan pergerakan dan kawalan struktur dalam rekaannya, yang merupakan tema berulang dalam hasil ciptaan Chiuri, di mana beliau sering meneroka keseimbangan antara keselesaan dan busana berjenama.

    ATAS & BAWAH: Para model memperagakan ciptaan daripada koleksi Christian Dior bagi Musim Bunga/Panas 2025 yang dipersembahkan di Paris. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    Konsep keduaan menonjol dalam koleksi warna hitam-putih itu, seperti yang dipamerkan dalam logo Miss Dior yang ikonik, dengan detail grafik yang kompleks.

    Jaket hitam putih – sesetengahnya dipadankan dengan aksesori warna merah terang – menggambarkan suasana bandar sedia tempur, manakala tuksedo serba putih dengan pengancing besar membangkitkan gaya sentuhan Hannibal Lecter.

    Aksesori metalik, daripada sulaman berkilauan bermotifkan rama-rama, menambahkan lagi keindahan pada corak. Gaun malam fabrik ringan dalam versi jersi, digaya dengan hiasan berkilauan, menekankan usaha berterusan Chiuri untuk mengggabungkan keanggunan dengan keselesaan.

    Koleksi terbaharu itu menampilkan konsep kontrak yang lebih lembut namun santai.

    Pakaian renang berjalur Breton misalnya menawarkan elemen bertentangan berselang-seli dengan corak moden namun janggal.

    Ciptaan itu berusaha mengimbangi ciri kewanitaan klasik Dior dengan estetika berkonsepkan keremajaan.

    Perbezaan antara warisan pereka fesyen itu dan daya tarikan moden ada kalanya kelihatan seolah-olah koleksi itu bergelut untuk menarik tumpuan penonton yang lebih muda dengan meninggalkan identiti asalnya.

    Fesyen pertunjukan terbaharu Chiuri, sama seperti ciptaannya yang lalu, enggan menggunakan satu-satunya tema.

    Asimetri, elemen kesukanan dan kebebasan menjadi tumpuan koleksi kali ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda