MILAN – Max Mara sedang mengejar impiannya dan tampil selesa dengan gaya kashmir yang disesuaikan dengan sempurna dalam warna monokrom yang menarik dan menenangkan dalam apa jua suasana.
Siluet koleksi baharu untuk pertunjukan perdana musim luruh dan sejuk akan datang semasa Minggu Fesyen Milan baru-baru ini menampilkan korset yang dipadankan dengan skirt kembang dan seluar berkaki lebar yang diikat ketat di pinggang.
Pakaian yang dikait digabung bersama seluar ketat pada paras paha. Pakaian luar pula mempunyai ciri-ciri sederhana dan tidak bersaiz besar manakala tali pinggang berganda menyerlahkan lagi bentuk. Kolar selendang pula boleh ditarik menjadi tudung pelindung.
Max Mara menggunakan warna monokrom tradisional busananya: burgundy, hitam, camel dan warna berkrim yang digelar ascia oleh jenama itu, untuk warna semula jadi kashmir.
Pengarah Kreatif, Ian Griffiths berkata penampilan yang anggun itu dengan lapisan bulu biri-biri atau kulit boleh dipakai ‘apabila bersiar-siar melalui kawasan mur Yorkshire, atau tidur di bawah belakar.
“Ia adalah saat di mana wanita-wanita yang telah mencapai kejayaan dalam syarikat meluahkan jiwa dalamannya menerusi ekspresi yang diilhamkan oleh pereka dalam koleksi tersebut,’’ kata Griffiths. – AP